Pelajar seronok pilih baju raya di ‘Pasar Percuma Raya’

Iklan
Pelajar IPG Kampus Raja Melewar seronok memilih baju raya terpakai. Gambar kecil: Nirwana Pelajar IPG Kampus Raja Melewar seronok memilih baju raya terpakai. Gambar kecil: Nirwana
Pelajar IPG Kampus Raja Melewar seronok memilih baju raya terpakai. Gambar kecil: Nirwana

SEREMBAN - Prihatin terhadap pelajar yang kurang berkemampuan, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Raja Melewar di sini mengambil inisiatif menganjurkan program ‘Pasar Percuma Raya’.

Program yang memasuki tahun ketiga penganjurannya itu mendapat kerjasama daripada Alumni Perguruan Raja Melewar, Pertubuhan Titian Wanita Negeri Sembilan (Pertiwi) dan Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN).

Iklan
Iklan

Timbalan Pengarah IPG Kampus Raja Melewar, Dr Nirwana Mohd Rashid berkata, program itu bertujuan memberi kegembiraan kepada para pelajar, terutama dari keluarga B40, dalam menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

"Mungkin ada pelajar yang masih belum membeli baju raya dan dengan adanya program ini, mereka dapat memilih baju raya secara percuma.

Iklan

"Bukan sahaja baju kurung dan baju Melayu, tetapi juga tudung, beg tangan dan kasut yang masih dalam keadaan baik, yang disumbangkan oleh pelbagai pihak,” katanya kepada Sinar Harian.

Pelajar IPG Kampus Raja Melewar dapat memilih baju raya secara percuma. Pelajar IPG Kampus Raja Melewar dapat memilih baju raya secara percuma.
Pelajar IPG Kampus Raja Melewar dapat memilih baju raya secara percuma.

Pada masa sama, katanya, seramai 71 pelajar daripada kategori B40 turut menerima sumbangan wang tunai dan bakul rezeki bagi berkongsi kegembiraan bersama keluarga.

Iklan

Sementara itu, pelajar semester kedua, Nurul Ain Natharudin, 19, berkata, program berkenaan dapat membantu pelajar sepertinya untuk memiliki baju raya.

"Saya sudah beli baju raya, tetapi hanya sehelai sahaja. Dengan adanya program ini, saya dapat sehelai lagi baju raya.

"Kualiti baju itu pun masih cantik dan kelihatan baru. Baju kurung ini bukan sahaja boleh dipakai untuk raya, tetapi juga untuk ke kelas nanti,” katanya.

Mohamad Syahmie Shik, 22, yang berasal dari Sabah pula berharap program seumpama itu dapat diadakan secara berterusan kerana sangat bermanfaat kepada para pelajar.

Pada masa sama, katanya, ia juga dapat membantu orang ramai ‘mengosongkan’ almari pakaian mereka daripada pakaian yang tidak dipakai lagi.

"Daripada dibiarkan begitu sahaja di dalam almari, lebih baik disumbangkan,” katanya.