Blatter dan Platini dibebaskan daripada tuduhan penipuan

Iklan
Joseph Blatter (kanan) dan Michel Platini. Joseph Blatter (kanan) dan Michel Platini.
Joseph Blatter (kanan) dan Michel Platini.

BEKAS pegawai tertinggi bola sepak Joseph Blatter dan Michel Platini sekali lagi dibebaskan daripada tuduhan penipuan, menurut mahkamah Switzerland pada Selasa.

Agensi Berita Jerman (dpa) melaporkan, pentadbir Switzerland Blatter, yang biasanya dikenali sebagai Sepp, adalah presiden badan induk bola sepak dunia FIFA dari 1998 hingga 2015 manakala bekas pemain Perancis Platini mengetuai badan Eropah UEFA dari 2007 hingga 2015.

Iklan
Iklan

Kedua-duanya dibebaskan daripada pertuduhan berhubung pembayaran 2 juta franc Switzerland (AS$2.2 juta) daripada Blatter kepada Platini, yang menurut mereka dipersetujui pada 1990-an bagi kerja perundingan tetapi hanya dibayar pada 2011.

Pendakwa raya berkata ia adalah sejenis rasuah. Tuduhan itu membawa kepada pengakhiran kerjaya mereka dalam pentadbiran sukan.

Iklan
Iklan

Kedua-dua mereka sebelum ini dibebaskan daripada tuduhan penipuan atas pembayaran yang sama pada 2022, tetapi pendakwa raya membuat rayuan. - Bernama-dpa