Suami isteri maut kereta bertembung lori

Iklan
Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa yang maut selepas terbabit dalam kemalangan dekat Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, Sik. Foto JBPM Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa yang maut selepas terbabit dalam kemalangan dekat Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, Sik. Foto JBPM
Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa yang maut selepas terbabit dalam kemalangan dekat Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, Sik. Foto JBPM

SIK - Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, kira-kira jam 4.16 petang pada Selasa.

Mangsa dikenali sebagai Lokman Hakim Mohd Shukri, 23, dan Intan Suraya Zaidi, 24, yang ketika kejadian dalam perjalanan dari arah Teloi Timur ke pekan Sik.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 dan bergegas ke lokasi bersama lapan anggota sebelum tiba pada jam 4.26 petang.

"Sebaik tiba, kami mendapati pasangan suami isteri itu tersepit dalam kenderaan mereka selepas bertembung dengan sebuah lori muatan 10 tan.

Iklan

"Pasukan bomba menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya.

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum mayat diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Iklan

Kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan turut dilakukan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.