Serangan siber jejas operasi KLIA, ribuan penumpang terkandas

Iklan
MAHB mengesan ancaman keselamatan siber yang menjejaskan beberapa sistem komputer di KLIA pada Ahad lalu. MAHB mengesan ancaman keselamatan siber yang menjejaskan beberapa sistem komputer di KLIA pada Ahad lalu.
MAHB mengesan ancaman keselamatan siber yang menjejaskan beberapa sistem komputer di KLIA pada Ahad lalu.

KUALA LUMPUR – Serangan siber terhadap Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang menyasarkan sistem Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengakibatkan gangguan selama lebih 10 jam pada Ahad lepas, sekali gus menjejaskan operasi penerbangan dengan ribuan penumpang terkandas.

Memetik laporan New Straits Times (NST), serangan itu menyebabkan pelbagai masalah, termasuklah pengendalian bagasi yang tidak dapat berfungsi hingga memaksa kakitangan lapangan terbang dan syarikat penerbangan beralih kepada operasi manual.

Iklan
Iklan

Laporan yang merujuk sumber tidak didedahkan itu juga mendakwa gangguan ini bercanggah dengan kenyataan bersama Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan MAHB sebelum ini bahawa insiden tersebut tidak menjejaskan operasi di lapangan terbang itu.

Sumber dipetik NST tersebut mendakwa, siasatan awal menunjukkan pencerobohan siber telah menjejaskan sistem kritikal KLIA, menyebabkan gangguan berpanjangan.

Iklan

"Bagaimanapun, pihak berkuasa masih belum mengesahkan bentuk serangan atau mengenal pasti pihak bertanggungjawab,” kata sumber itu.

Gangguan ini dikatakan turut memberi kesan kepada jadual penerbangan dengan banyak kelewatan dilaporkan sepanjang hari.

Iklan

Menurut laporan itu lagi, ketiadaan sistem sandaran yang kukuh dikatakan memperlahankan usaha pemulihan sistem berkenaan.

Seorang lagi sumber industri penerbangan pula berkata, papan maklumat penerbangan mengalami gangguan secara berselang-seli selama dua hari sebelum kembali beroperasi seperti biasa.

"Kami tidak boleh menafikan kesannya. Ribuan orang menyaksikan sendiri papan maklumat yang tidak berfungsi,” katanya.

Setakat ini, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar serangan serta langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mengelakkan insiden serupa berulang.