SHAH ALAM- Jenama peranti penyingkir bulu No.1 dunia dan diiktiraf oleh Akademi Dermatologi Amerika (AAD), Ulike, telah memperkenalkan inovasi terkini dengan pengalaman imersif kepada khalayak ramai.
Pembukaan Ulike di Sunway Pyramid merupakan destinasi pertamanya dalam pengembangan global Ulike (SEA), sekali gus menawarkan pengalaman interaktif dengan peranti inovatif terkini seperti produk Ulike Air10 Pro dan Ulike Clear Pro.
Pengarah Pemasarannya, Christine Ho berkata, inovasi kecantikan terbaharu ini membolehkan orang ramai mengurus kesihatan kulit dengan lebih yakin, selain merapatkan jurang antara prosedur klinikal dan rutin penjagaan harian.
Menurutnya, pengunjung juga berpeluang mencuba Ulike Air10 Pro, Ulike Clear Pro, dan Ulike ReGlow LED Mask untuk meneroka rutin kecantikan yang lebih bijak dan berkesan.
"Di Ulike, kami percaya bahawa kecantikan haruslah efektif dan mudah didapati. Dengan Ulike Air10 Pro, kami membawakan teknologi penyingkiran bulu IPL bertaraf profesional ke tangan pengguna, menawarkan hasil yang berpanjangan dan tidak menyakitkan.
"Sambutan orang ramai terhadap acara kami di Sunway Pyramid mengukuhkan lagi misi kami untuk menginovasi teknologi kecantikan, menjadikan rawatan bertaraf profesional salon lebih selamat, mudah, dan berkesan untuk kegunaan di rumah,” katanya menerusi satu kenyataan baru-baru ini.
Menurut Christine, Ulike Air10 Pro berfungsi sebagai peranti pembasmi bulu IPL yang mampu mengurangkan atau menyingkirkan bulu sehingga 96 peratus dalam tempoh dua minggu, selain dilengkapi ciri Dual Lights dan Sapphire Ice Cooling bagi menyingkirkan bulu degil tanpa rasa sakit di seluruh tubuh, termasuk kawasan sensitif.
Jelasnya, Ulike Clear Pro dirumus untuk meningkatkan penampilan kulit dengan mengurangkan jeragat, kesan jerawat, dan memperbaiki tona kulit secara menyeluruh. Ia dilengkapi tiga mod berbeza serta mampu menangani pelbagai jenis masalah kulit.
Tambah beliau, terdapat juga produk lain seperti Ulike ReGlow LED Mask yang menggunakan teknologi penjagaan kulit LED bertaraf profesional dengan empat mod berbeza, iaitu Anti-Jerawat, Pencerahan, Peneguhan, dan Penyegaran.
"Dengan tenaga bertintensi tinggi 100mW/cm² dan empat sumber cahaya bersasar, ia menembusi lapisan kulit yang berbeza untuk menangani pelbagai masalah, menjadikannya penyelesaian yang berkesan dan tidak invasif untuk kulit lebih cerah serta berseri,” ujarnya.
Sementara itu, duta produk dan pelakon terkenal, Zahirah Macwilson, turut berkongsi pengalaman menggunakan Ulike Air10 Pro yang sangat menjimatkan masa dan tidak menyakitkan kulit.
Menurutnya, dengan teknologi bertaraf profesional, ia membantu mengurangkan jeragat dan melembutkan kulit hanya dalam satu peranti sahaja.
"Memiliki kulit yang halus tanpa bulu memberi saya keyakinan untuk kelihatan dan berasa yang terbaik.
"Ulike menjimatkan banyak masa kerana saya tidak lagi perlu ke salon untuk rawatan penyingkiran bulu. Ia lembut, tidak menyakitkan, selain amat mudah digunakan dan membolehkan saya menikmati hasil setaraf salon di rumah sendiri,” katanya.