[VIDEO] Aidilfitri: Kuota 5gb kepada semua rakyat

Iklan
Fahmi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan ketika sidang media mingguan Kabinet di Kementerian Komunikasi, pada Rabu. Foto Bernama Fahmi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan ketika sidang media mingguan Kabinet di Kementerian Komunikasi, pada Rabu. Foto Bernama
Fahmi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan ketika sidang media mingguan Kabinet di Kementerian Komunikasi, pada Rabu. Foto Bernama

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Semua rakyat Malaysia bakal menikmati tambahan kuota data minimum lima gigabit (GB) pada Hari Raya Aidilfitri pertama.

Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, ia berikutan kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi melaksanakan pemberian Insentif Rebat Rahmah dengan kerjasama strategik penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

Iklan
Iklan

"Tambahan kuota data itu sah bagi tempoh minimum 24 jam, tertakluk kepada terma dan syarat penawaran syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat," katanya menerusi sidang akhbar mingguan pasca Kabinet di sini pada Rabu.

Ujarnya, syarikat yang terlibat adalah CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech, YTL Communications, Pavo Comms, Tune Talk, redONE, REDtone dan XOX Com.

Iklan

"Pemberian insentif yang bersempena hari raya ini diharap akan dapat membantu mengeratkan silaturahim terutama menerusi komunikasi dalam talian di samping memeriahkan sambutan Aidilfitri," jelas Fahmi.

Fahmi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan ketika sidang media mingguan Kabinet di Kementerian Komunikasi, pada Rabu. Foto Bernama Fahmi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan ketika sidang media mingguan Kabinet di Kementerian Komunikasi, pada Rabu. Foto Bernama
Fahmi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan ketika sidang media mingguan Kabinet di Kementerian Komunikasi, pada Rabu. Foto Bernama

Beliau yang juga Menteri Komunikasi menjelaskan kos insentif berkenaan bukan ditanggung oleh kerajaan tetapi syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

Iklan

Sementara itu, Fahmi berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di atas kejayaan memastikan perkara berkaitan pengawalan harga barang asas, terutama sepanjang tempoh menjelang Aidilfitri terkawal.

Tambahnya beberapa petanda positif telah diperoleh hasil daripada inisiatif yang dilaksanakan kedua-dua kementerian berkenaan selain peranan yang dimainkan pihak industri.

"Kita lihat beras putih tempatan (BPT) telah mula sampai ke pelbagai lokasi dan KPKM secara berterusan berusaha untuk mengenalpasti tempat-tempat yang belum memperoleh BPT dan menyampaikannya.

"Malah ada di kalangan menteri yang menyatakan di sesetengah tempat

harga telur pun turun menjelang Aidilfitri," katanya.