MAGGI® agih lebih 300,000 mangkuk bubur lambuk

Iklan
Inisiatif Bubur Lambuk MAGGI® yang memasuki tahun ke-20 mengagihkan lebih daripada 300,000 mangkuk bubur lambuk di seluruh negara. Inisiatif Bubur Lambuk MAGGI® yang memasuki tahun ke-20 mengagihkan lebih daripada 300,000 mangkuk bubur lambuk di seluruh negara.
Inisiatif Bubur Lambuk MAGGI® yang memasuki tahun ke-20 mengagihkan lebih daripada 300,000 mangkuk bubur lambuk di seluruh negara.

TAHUN ini menandakan ulang tahun ke-20 inisiatif Bubur Lambuk MAGGI®, sekali gus mengukuhkan lagi komitmen berterusan dalam menyokong usaha akar umbi dan memperkasa komuniti B40 sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Sebagai sebahagian daripada usaha berskala besar ini, MAGGI®, yang merupakan jenama isi rumah terkenal di Malaysia, menyantuni masyarakat di lebih 280 lokasi di seluruh negara untuk menyemai keharmonian dan berkongsi rezeki melalui semangkuk bubur lambuk yang penuh makna.

Iklan
Iklan

Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI® Malaysia, Ivy Tan Link Cheh berkata, melalui kolaborasi ini, MAGGI® berhasrat menyediakan dan mengagihkan lebih daripada 300,000 mangkuk bubur lambuk yang dimasak menggunakan MAGGI® CukupRasa™ agar semangat memberi dapat dirasai oleh masyarakat di peringkat akar umbi di seluruh negara.

"Menabur budi kepada masyarakat setempat telah menjadi satu tradisi Ramadan bermakna bagi kami. Pengagihan ini turut mencerminkan nilai-nilai yang kami hargai iaitu berganding bahu, mengeratkan ikatan keluarga dan berkongsi makanan yang berkhasiat.

Iklan

"Sebagai teman setia di dapur, MAGGI® telah menjadi sebahagian daripada pelbagai sajian yang dikongsi bersama keluarga dan masyarakat. Kami berbangga atas peluang untuk meneruskan usaha ini tahun demi tahun.

"Kami berbesar hati untuk berkongsi rezeki dan keriangan dengan rakyat Malaysia pada bulan yang mulia ini,” katanya.

Iklan

Menurut beliau, inisiatif ini turut dijayakan dengan kerjasama tukang masak berdedikasi, badan bukan kerajaan seperti Wanita Hawa Pertiwi, agensi kerajaan termasuk Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), serta para peruncit.

Katanya lagi, salah satu sorotan utama kempen tahun ini adalah penghargaan MAGGI® terhadap para tukang masak komuniti yang tanpa jemu menyediakan Bubur Lambuk setiap Ramadan untuk masyarakat setempat.

Antara wira-wira tidak didendang ini ialah Che Ahmad Abd Hamid dari Kedah, yang menjadi sebahagian daripada usaha MAGGI® dalam menyokong dan memperkasakan tukang masak di seluruh negara.

Sebagai tanda sokongan dan dorongan agar tradisi ini terus diwarisi, MAGGI® membantu mereka, termasuk ramai lagi individu, untuk menyebarkan kasih sayang melalui penyediaan bubur lambuk kepada lebih ramai orang tahun ini.

"Telah lebih 20 tahun saya berbakti kepada masyarakat dengan memasak Kanji (Bubur Lambuk Kedah). Setiap Ramadan, orang ramai dari jauh dan dekat datang untuk membantu memasak dan berkongsi sajian istimewa ini.

"Pada tahun ini, saya amat gembira dapat berkongsi lebih banyak bubur lambuk dengan masyarakat sekitar.

"Selagi saya sihat dan tangan saya masih kuat, saya akan meneruskan tradisi ini untuk menceriakan dan mengeratkan hubungan dalam kalangan begitu ramai insan,” ujar Che Ahmad.

Dalam pada itu, pada musim perayaan ini, MAGGI® turut melancarkan promosi Raya eksklusif dan peraduan seluruh negara.

Pembeli yang berbelanja RM10 membeli produk MAGGI® berpeluang untuk memenangi satu daripada 10 Tajaan Rumah Terbuka Raya, setiap satu bernilai RM5,000, di samping hadiah duit raya mingguan dan harian.

Rumah Terbuka ini dianjurkan untuk menyatukan hati rakyat Malaysia, mengabadikan detik-detik bermakna bersama rakan dan keluarga sambil menikmati kemesraan dan keriangan bersama-sama menikmati juadah yang dimasak di rumah dan dihidangkan pada setiap Raya.

Di samping itu, aktiviti dalam stor dan demonstrasi memasak juga akan diadakan untuk memaparkan produk dan idea resipi perayaan bagi membantu keluarga menyediakan hidangan lazat yang menjalin kemesraan sesama insan, mencetus keseronokan, dan mengeratkan silaturahim sempena Ramadan dan Raya ini.