Tukang rumah dipenjara enam tahun mengaku terima wang tebusan kes culik wanita

Iklan
Seorang tukang rumah dipenjara enam tahun selepas mengaku bersalah atas  pertuduhan pilihan menerima wang tebusan dalam kes penculikan seorang wanita di ladang kelapa sawit, Kampung Kuala Akob, dekat Hulu Terengganu, lapan tahun lalu. Seorang tukang rumah dipenjara enam tahun selepas mengaku bersalah atas  pertuduhan pilihan menerima wang tebusan dalam kes penculikan seorang wanita di ladang kelapa sawit, Kampung Kuala Akob, dekat Hulu Terengganu, lapan tahun lalu.
Seorang tukang rumah dipenjara enam tahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menerima wang tebusan dalam kes penculikan seorang wanita di ladang kelapa sawit, Kampung Kuala Akob, dekat Hulu Terengganu, lapan tahun lalu.

KUALA TERENGGANU – [DIKEMAS KINI] Seorang tukang rumah dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menerima wang tebusan dalam kes penculikan seorang wanita di ladang kelapa sawit, Kampung Kuala Akob, dekat Hulu Terengganu, lapan tahun lalu.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani memutuskan bahawa hukuman ke atas tertuduh, Suparman Aman, 46, dijalankan bermula dari tarikh tangkap pada 15 Mac 2022.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menerima harta tebusan, iaitu wang tunai berjumlah RM50,000 milik sebuah syarikat, CASA HARTAMAS Sdn Bhd dengan mengetahui bahawa harta tersebut adalah harta tebusan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi tersebut sekitar jam 3 pagi pada 24 Januari 2017.

Iklan

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 5 Akta Penculikan 1961 (Semakan 1989) [Akta 365].

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak melebihi sepuluh tahun serta dikenakan sebatan.

Iklan

Pada 2 Julai 2020, tiga rakan subahat Suparman, iaitu Mohd Zairol Nizan Md Nor, Mohd Khairul Anuar Musa, dan Abdul Hadi Abu Bakar, masing-masing berusia 40, 42, dan 25 tahun ketika itu, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi di sini.

Hukuman itu diputuskan selepas mereka didapati bersalah mengikut Seksyen 3 akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mohd Zairol Nizan dihukum tujuh sebatan, manakala Mohd Khairul Anuar serta Abdul Hadi masing-masing menerima hukuman lima sebatan.