Tak sempat bersahur, anggota tentera maut dipercayai didera senior

Iklan
Seorang anggota tentera maut dipercayai akibat kecederaan dalaman selepas disyaki didera oleh anggota senior dalam kejadian di sebuah kem di Miri, awal pagi Isnin. Gambar hiasan Seorang anggota tentera maut dipercayai akibat kecederaan dalaman selepas disyaki didera oleh anggota senior dalam kejadian di sebuah kem di Miri, awal pagi Isnin. Gambar hiasan
Seorang anggota tentera maut dipercayai akibat kecederaan dalaman selepas disyaki didera oleh anggota senior dalam kejadian di sebuah kem di Miri, awal pagi Isnin. Gambar hiasan

MIRI – Seorang anggota tentera maut dipercayai akibat kecederaan dalaman selepas disyaki didera oleh anggota senior dalam kejadian di sebuah kem di Miri, awal pagi Isnin.

Mangsa, seorang lelaki berusia 21 tahun, berasal dari Puchong, Selangor.

Iklan
Iklan

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, mengesahkan kejadian berkenaan namun tidak memberikan butiran lanjut mengenai status anggota senior terbabit sama ada telah ditahan untuk siasatan.

Difahamkan, kejadian berlaku pada jam 2.15 pagi Isnin ketika mangsa yang sedang tidur di berek bujang telah dikejutkan oleh dua anggota senior untuk bersahur.

Iklan

Sebelum bersahur, dua senior terbabit mengarahkan mangsa melakukan ‘commando rest’ iaitu pacak kepala di lantai dengan tangan ke belakang selama dua minit serta tekan tubi sebanyak 20 kali.

Selepas itu, mangsa dilaporkan pitam sebelum kejadian dimaklumkan kepada seorang anggota berpangkat koperal yang juga ketua bilik bujang di berek berkenaan.

Iklan

Mangsa segera dihantar ke Hospital Miri namun disahkan meninggal dunia pada jam 3.05 pagi.