Patuhi peraturan jalan raya, elak jadi statistik nahas

Iklan
Elak termasuk dalam statistik kemalangan dengan mengamalkan pemanduan berhemah pada musim perayaan ini. Gambar hiasan

MUSIM perayaan di Malaysia sering menyaksikan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya, secara langsung meningkatkan risiko kemalangan.

Menurut data Polis Diraja Malaysia (PDRM), pada 21 Mac 2024, sebanyak 1,830 kes kemalangan direkodkan dengan 13 kematian. Pada 23 Januari 2025, terdapat 1,703 kes kemalangan dengan 12 kematian.

Iklan
Iklan

Statistik ini menunjukkan bahawa walaupun terdapat sedikit penurunan dalam jumlah kemalangan, angka kematian masih tinggi dan membimbangkan.

Sepanjang Januari hingga Oktober 2024, Malaysia mencatatkan 532,125 kes kemalangan jalan raya, dengan 5,364 daripadanya melibatkan kemalangan maut.

Iklan

Perkara ini menunjukkan bahawa golongan pengguna motosikal adalah antara yang paling terdedah kepada risiko kemalangan maut.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengesyorkan beberapa langkah keselamatan bagi pengguna jalan raya semasa musim perayaan antaranya mengurangkan kelajuan.

Iklan

Tidur dan rehat yang cukup juga sangat diperlukan oleh pemandu kerana jika aspek tersebut diabaikan, mereka cenderung terlibat dalam kemalangan.

Aspek lain yang penting ialah pematuhan peraturan jalan raya dan memastikan kereta berada dalam keadaan baik sebelum perjalanan jauh.

Menurut, Pengerusi Alliance for a Safe Community, Tan Sri Lee Lam Thye, menekankan kepentingan mengelakkan pemanduan laju dan melulu serta tidak memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Di samping itu, pihak berkuasa seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu sering melaksanakan program pemantauan dan operasi bersepadu semasa musim perayaan untuk meningkatkan keselamatan jalan raya.

Pun begitu, sebagai pengguna jalan raya, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mematuhi peraturan dan mengamalkan sikap pemanduan yang berhemah.

Dengan mengambil langkah-langkah pencegahan yang disarankan, kita dapat mengurangkan risiko kemalangan dan memastikan perjalanan yang selamat bagi diri sendiri dan orang lain semasa musim perayaan.

Paling penting jangan jadikan diri kita sebagai salah seorang daripada statistik kemalangan.