Buskers dapat 'duit raya' RM600

Iklan
Wan Sukairi Wan Sukairi
Wan Sukairi

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu memberi sumbangan RM600 kepada 30 penggiat aktiviti 'busking’ atau persembahan muzik jalanan sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, bantuan itu bertujuan meringankan beban kewangan mereka susulan larangan aktiviti busking pada 10 malam terakhir Ramadan.

Iklan
Iklan

"Saya menyatakan bahawa ketidakpuasan hati penggiat busker terhadap keputusan kerajaan negeri adalah sesuatu yang perlu diraikan meskipun dalam bentuk kritikan keras.

"Namun, demi menjaga kemaslahatan umum dan memelihara imej negeri yang berlandaskan pentadbiran Islam, maka satu keputusan perlu dibuat bagi meraikan 10 hari terakhir Ramadan ini.

Iklan

"Saya turut menyebut kerajaan dipimpin hari ini sentiasa menjadi sasaran kritikan pihak lawan. Buat perkara baik, tetap dikecam. Buat perkara dianggap tidak baik sesetengah pihak walhal ia sebenarnya baik juga tetap dikecam," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Justeru, Wan Sukairi berkata, sudah menjadi keutamaan kerajaan negeri memilih jalan menjurus kepada kebaikan berbanding kemudaratan.

Iklan

"Selesai menyampaikan sumbangan kewangan RM600 setiap seorang kepada 30 penggiat busker dalam satu pertemuan di Wisma Darul Iman dan semoga dapat dimanfaatkan sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.

"Saya juga menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan sekali-kali meletakkan ayat menzalimi atau menganiaya rakyat," ujarnya.

Pada 21 Mac lalu, media melaporkan Terengganu melarang semua aktiviti busking pada 10 malam terakhir Ramadan.

Wan Sukairi berkata, larangan itu berkuat kuasa bermula 20 hingga 30 Mac bertujuan menghormati dan memelihara kemuliaan 10 malam terakhir Ramadan.

Persembahan pula hanya membabitkan penyanyi lelaki manakala golongan wanita dilarang keras terlibat dalam aktiviti berkenaan.