Padah tidak pamer tanda harga, guna alat sukat tamat tempoh

Iklan
Penguatkuasa KPDN terlibat menjalankan pemeriksaan premis pada Kita Gempur-Ops Pantau 2025. Penguatkuasa KPDN terlibat menjalankan pemeriksaan premis pada Kita Gempur-Ops Pantau 2025.
Penguatkuasa KPDN terlibat menjalankan pemeriksaan premis pada Kita Gempur-Ops Pantau 2025.

NILAI - Tidak meletakkan tanda harga antara kesalahan dikesan dilakukan peniaga sewaktu pemeriksaan Kita Gempur-Ops Pantau 2025 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan di Kawasan Perindustrian Nilai 3 di sini pada Selasa.

Pengarahnya, Mohd Zahir Mazlan berkata, sebanyak 60 premis perniagaan diperiksa dan 16 kesalahan dikesan menerusi operasi dijalankan bersempena Ramadan dan Aidilfitri itu.

Iklan
Iklan

"Daripada jumlah itu, lapan kes membabitkan kesalahan di bawah di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 kerana tidak mempamerkan tanda harga.

Penguatkuasa KPDN melakukan pemeriksaan menerusi Kita Gempur-Ops Pantau 2025 di Kawasan Perindustrian Nilai 3. Penguatkuasa KPDN melakukan pemeriksaan menerusi Kita Gempur-Ops Pantau 2025 di Kawasan Perindustrian Nilai 3.
Penguatkuasa KPDN melakukan pemeriksaan menerusi Kita Gempur-Ops Pantau 2025 di Kawasan Perindustrian Nilai 3.

"Sementara lapan kes lain di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 bagi kesalahan menggunakan alat sukat yang telah tamat tempoh penentusahan," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Iklan

Katanya, enam pasukan terdiri 20 anggota penguat kuasa telah digerakkan dalam tindakan penguatkuasaan itu.

Beliau berkata, operasi itu memfokuskan keberadaan dan harga barang-barang keperluan musim perayaan Aidilfitri, notis jualan murah, tentusahan alat timbang dan sukat serta penjualan barang tiruan atau cetak rompak.

Iklan

Ujarnya, penguatkuasaan di bawah Kita Gempur-Ops Pantau 2025 berkuat kuasa mulai 2 Mac hingga 31 Mac 2025 merupakan inisiatif KPDN memastikan perdagangan domestik dapat terus berkembang pesat, di samping meningkatkan perlindungan kepada pengguna dengan lebih efektif.

Antara premis yang diperiksa di Kawasan Perindustrian Nilai 3.

"KPDN Negeri Sembilan akan terus konsisten menggerakkan tindakan penguatkuasaan dan tidak akan berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah KPDN menerusi penguatkuasaan.

"Kami akan terus mempertingkatkan keberadaan anggota penguat kuasa di lokasi tumpuan bagi mewujudkan persekitaran urus niaga yang harmoni dan beretika, selain pemeriksaan berkala di semua peringkat perniagaan bagi memastikan bekalan barangan keperluan rakyat terutama barang kawalan sentiasa berada di pasaran," tambah beliau.

Pada masa sama, pihaknya meminta kerjasama orang ramai untuk membuat aduan sekiranya berlaku salah laku oleh peniaga dengan menyalurkan maklumat atau aduan lengkap melalui WhatsApp ke talian 019- 848 8000.

Selain itu, aduan boleh dibuat melalui saluran aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN, pusat panggilan 1-800-886-800, portal aduan: e-aduan.kpdn.gov.my dan Aduan Suri: Imbas Kod QR.