Perkampungan Orang Asli diurus tok batin bersama MPKKOA

Iklan

SHAH ALAM - Pentadbiran kampung bagi masyarakat Orang Asli bukan sahaja diuruskan tok batin dan penghulu, sebaliknya turut dibantu badan yang lebih progresif iaitu Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Orang Asli (MPKKOA).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Datuk Ajis Sitin berkata, ahli yang dipilih menganggotai majlis itu dilantik secara undian oleh penduduk kampung melalui proses yang ketat.

Iklan
Iklan

"Ahli MPKKOA akan dipilih secara undian pada setiap dua tahun dimana MPKKOA menjadi ranting kepada pentadbiran JAKOA diperingkat kampung.

"Kedua-dua institusi ini merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan ke arah pengurusan pembangunan manusia yang lebih berkesan.

Iklan

"Malah mereka juga turut dibayar elaun bulanan oleh kerajaan persekutuan,"katanya menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini.

Menurut Ajis lagi, usaha yang dilakukan itu membuktikan kerajaan begitu komited dalam memastikan pembangunan masyarakat di perkampungan berkenaan menjadi keutamaan.

Iklan

"Jakoa amat menghormati institusi tok batin dan penghulu dalam kalangan suku

kaum masyarakat Orang asli di negara ini.

"Institusi itu merupakan pentadbiran sesebuah kampung yang berbentuk hierarki yang diwarisi sejak zaman dahulu lagi,"katanya.

Bagaimanapun katanya, seiring dengan fungsi serta peranan tok batin dan penghulu yang lebih meluas meliputi perkara-perkara berkaitan pembangunan, ekonomi, pendidikan

kesihatan dan sebagainya memerlukan pentadbiran sedia ada itu ditambah baik.

"Jakoa sekali lagi ingin menegaskan akan memberikan komitmen tertinggi demi memastikan pembangunan dan kebajikan masyarakat Orang Asli di seluruh negara sentiasa diberikan perhatian,"katanya.