Sambutan ulang tahun TYT Sabah hanya sebulan bukan tiga bulan

Iklan
Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah berlangsung selama sebulan. Gambar hiasan Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah berlangsung selama sebulan. Gambar hiasan
Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah berlangsung selama sebulan. Gambar hiasan

KOTA KINABALU - Dakwaan bahawa sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah berlangsung selama tiga bulan adalah tidak tepat, sebaliknya hanya diadakan dalam tempoh satu bulan iaitu pada Jun 2025.

Iklan
Iklan

Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan, Datuk Seri Joachim Gunsalam menjelaskan perkara itu selepas merujuk kepada kenyataan medianya pada Selasa lalu.

"Penjelasan lanjutnya adalah perayaan ini tidak akan berlangsung selama tiga bulan sebaliknya, tujuh acara yang dirancang akan diadakan dalam tempoh satu bulan sahaja pada Jun 2025.

Iklan

"Ini adalah berdasarkan keputusan Kabinet negeri Sabah bahawa program rasmi bagi sambutan ulang tahun tahun ini akan diadakan pada 21 Jun 2025 dan untuk makluman jumlah acara telah dikurangkan daripada 12 acara pada tahun lalu kepada tujuh acara sahaja bagi tahun ini.

"Selain itu, peruntukan perbelanjaan juga telah dikurangkan sebanyak 30 peratus berbanding perbelanjaan pada tahun 2024," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Menurut beliau, kesemua tujuh acara yang dianjurkan adalah acara yang lazim dilaksanakan sempena hari ulang tahun kelahiran rasmi TYT sama seperti pada tahun sebelum ini.

"Saya berharap pencerahan ini jelas dan acara-acara ini tidak disalahertikan," ujarnya.