Tular video remaja tidak puasa, makan dalam surau

Iklan
Tangkap layar video remaja yang tidak berpuasa makan di dalam surau. Tangkap layar video remaja yang tidak berpuasa makan di dalam surau.
Tangkap layar video remaja yang tidak berpuasa makan di dalam surau.

KLUANG - Tular sebuah klip video memaparkan seorang remaja lelaki disyaki tidak berpuasa makan dan minum di dalam sebuah surau di Jalan Paloh di sini.

Dalam rakaman video berdurasi satu minit 28 saat itu, turut menunjukkan beberapa remaja bergurau dengan mengunci pintu surau serta menyembur air ke arah rakannya yang berada di sebelah dalam surau dengan menggunakan paip air.

Iklan
Iklan

Tindakan kumpulan remaja itu mengundang kecaman netizen yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak menghormati rumah ibadah serta bulan Ramadan.

Seorang pengguna media sosial menyatakan bahasa yang digunakan agak kesat dan menimbulkan rasa sakit hati.

Iklan

"Kurang ajar atau biadab, macam-macam hal budak buat di masjid dan surau sekarang. Harap ibu bapa serta pihak berwajib segera menangani masalah ini," katanya.

Seorang lagi pengguna media sosial berpendapat pihak jawatankuasa surau perlu membuat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil terhadap individu terlibat.

Iklan

"Sekurang-kurangnya kita tahu anak siapa yang bersikap biadab dan bercakap kesat dalam video itu," tulisnya.

Sementara itu, tidak kurang juga yang melahirkan rasa marah dengan kelakuan remaja terbabit.

Setakat ini, pihak polis tidak menerima sebarang laporan mengenai insiden terbabit namun siasatan akan dijalankan untuk mengesahkan kejadian itu.