Tujuh lagi pemain warisan perkuat Harimau Malaya

Iklan
Jon Irazabal (kiri) yang beraksi bersama Sabah FK di Azerbaijan dikaitkan dengan skuad Harimau Malaya. Jon Irazabal (kiri) yang beraksi bersama Sabah FK di Azerbaijan dikaitkan dengan skuad Harimau Malaya.
Jon Irazabal (kiri) yang beraksi bersama Sabah FK di Azerbaijan dikaitkan dengan skuad Harimau Malaya.

PASUKAN bola sepak negara bakal mendapat nafas baharu apabila tujuh lagi pemain warisan yang berpangkalan di luar negara akan memperkuatkan skuad Harimau Malaya

Perkembangan tersebut dikongsikan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang percaya kehadiran mereka mampu memberi nilai tambah kepada pasukan.

Iklan
Iklan

Perkhabaran itu hadir selepas Malaysia yang dibimbing Peter Cklamovski menewaskan Nepal 2-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Iskandar Puteri pada Selasa.

"Perjalanan masih jauh. Saya yakin kita akan ada kemajuan yang berterusan dan penambahbaikan dalam setiap aspek. Semalam (Selasa) kita boleh lihat struktur permainan yang mantap dan intensiti 90 minit yang cukup tinggi.

Iklan

"Tujuh lagi pemain Malaysia yang berada di luar negara akan menambah kualiti dan membantu pasukan. Apa yang penting pasukan negara bermain di pertandingan antarabangsa dan disegani,” katanya.

Harimau Malaya sebelum ini diperkuatkan dengan kehadiran jeneral tengah Portimonense, Hector Hevel dan pemain pertahanan CD Tenerife B, Gabriel Palmero.

Iklan

Hevel kemudiannya dipilih Cklamovski untuk beraksi dalam kesebelasan utama pasukan menentang The Gorkhalis.

Baginda yang juga pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) berkata, proses tersebut bakal mengambil satu tempoh tertentu dan ia mampu memberi reputasi yang baik buat negara.

"Kebanggaan dan imej kita. Bagi mencapai matlamat tersebut kita harus bersatu dan bersabar.

"Keutamaannya adalah bukanlah perkembangan pantas, tetapi arah yang mahu dituju.” kata Tunku Mahkota Ismail.

Selain Hevel dan Palmero, pemain pertahanan Sabah FK, Jon Irazabal juga merupakan calon pemain baharu Malaysia.

Harimau Malaya akan mengalihkan fokus kepada aksi menentang juara Kejohanan ASEAN, Vietnam di laman sendiri pada 10 Jun depan.