Keunikan dividen Tabung Haji
Iklan


Sejak penubuhannya, TH mencatatkan jumlah keseluruhan agihan keuntungan RM45.79 bilion yang memanfaatkan lebih 9.5 juta pendeposit. Gambar hiasan
SEKIRANYA anda pendeposit Muslim tempatan, Mac adalah bulan dinantikan bila mana satu kadar angka lebih penting dari kadar angka lain iaitu dividen Tabung Haji (TH) dan tahun ini, kadarnya ditetapkan pada 3.25 peratus, tertinggi dalam tempoh tujuh tahun.
Mencatatkan jumlah agihan keseluruhan RM2.92 bilion, lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya sebanyak RM2.72 bilion, TH juga melunaskan zakat bagi pihak pendeposit RM99.35 juta yang mana merupakan ciri unik membezakannya dengan institusi pelaburan lain.