Grok kini boleh digunakan di Telegram

Iklan
Grok boleh gigunakan di Telegram

KUALA LUMPUR – Kecerdasan buatan (AI) Grok kini mengorak langkah dengan mengintegrasikan teknologinya ke dalam aplikasi pemesejan popular, Telegram.

Sebelum ini pengguna hanya boleh berinteraksi dengan Grok melalui platform X atau aplikasi rasmi Grok, namun kini Telegram menjadi platform baharu yang dibangunkan oleh syarikat xAI, milik Elon Musk.

Iklan
Iklan

Langkah ini dilihat sebagai strategi memperluaskan capaian Grok AI selain membantu Telegram kembali bersaing dalam dunia teknologi.

Buat masa ini, Grok AI hanya tersedia untuk pengguna Telegram Premium dan X Premium.

Iklan

Tidak seperti MetaAI di WhatsApp yang mudah diakses, pengguna Telegram perlu mencari 'GrokAI' dalam aplikasi untuk mula berinteraksi dengannya.

Tiada pengesahan sama ada ciri ini akan diperluaskan kepada pengguna secara percuma.

Iklan

Menurut Telegram, versi terbaru Grok 3 telah diintegrasikan ke dalam platformnya.

Grok 3 sebelum ini dikatakan 10 kali lebih berkeupayaan dalam melakukan tugasan seperti penyelidikan dan kreativiti.