Rumah terbuka Aidilfitri MB Pahang di Chini dan Sungai Koyan

Iklan
Rumah Terbuka Aidilfitri di Chini, Pekan akan diadakan pada 2 Syawal. Rumah Terbuka Aidilfitri di Chini, Pekan akan diadakan pada 2 Syawal.
Rumah Terbuka Aidilfitri di Chini, Pekan akan diadakan pada 2 Syawal.

KUANTAN - Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menjemput rakyat di Pahang untuk turut memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 di Chini, Pekan pada 2 Syawal ini.

Rumah terbuka itu akan diadakan di Dewan Dato' Shahbandar, Chini, Pekan bermula pada jam 9 pagi sehingga 2 petang.

Iklan
Iklan
Rumah Terbuka Aidilfitri akan diadakan di Laman Sejahtera Jelai dekat Sungai Koyan pada 5 April ini. Rumah Terbuka Aidilfitri akan diadakan di Laman Sejahtera Jelai dekat Sungai Koyan pada 5 April ini.
Rumah Terbuka Aidilfitri akan diadakan di Laman Sejahtera Jelai dekat Sungai Koyan pada 5 April ini.

Beliau menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan, satu lagi majlis rumah terbuka akan diadakan pada 5 April 2025 di Laman Sejahtera Jelai, Sungai Koyan, Lipis bermula jam 10.30 pagi.

"Dengan penuh rasa sukacita, saya menjemput seluruh rakyat di negeri Pahang untuk bersama-sama hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri yang akan diadakan di Chini dan juga di Jelai.

Iklan

"Semoga Aidilfitri kali ini memberikan kebahagiaan dan keceriaan untuk kita semua. Insya-ALLAH," katanya.

Pengunjung akan disajikan dengan pelbagai juadah istimewa sinonim dengan perayaan Aidilfitri serta berpeluang beramah mesra bersama pemimpin negeri ini.

Iklan