Hormati keputusan Yang di-Pertuan Agong: Abdul Hadi

Iklan
Muhyiddin (empat dari kiri) di kediamannya sebelum bertolak ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong. Turut serta, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tiga dari kiri) dan Presiden Pas, Datuk Seri Abd Hadi Awang (tiga dari kanan),

KUALA TERENGGANU - Pas meminta semua rakyat Malaysia menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Menerusi satu kenyataan, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, rakyat juga perlu memperkukuhkan muafakat dan perpaduan kaum yang menjadi tonggak kepada kemakmuran negara.

Iklan
Iklan

"Pas juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhyiddin di atas pelantikan ini dan mendoakan agar sentiasa dikurniakan taufik dan hidayah-Nya bagi melaksanakan tanggungjawab yang amat berat ini,” demikian menurut kenyataan itu.

Hari ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelapan.

Iklan

Seri Paduka membuat keputusan itu sejajar dengan artikel 40(2)(a) dan artikel 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan bagi asas bahawa Muhyiddin mungkin mendapat kepercayaan majoriti dalam Parlimen, demikian menurut kenyataan daripada Istana Negara.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin. Muhyiddin akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan di Istana Negara pada jam 10.30 pagi esok. - Bernama

Iklan