Victor harap semangat pemain tetap kental hadapi JDT

Iklan
Victor turut berharap sokongan padu daripada penyokong setia di Stadium Darul Aman dapat menyuntik motivasi kepada pemain-pemain yang akan beraksi di hadapan penyokong sendiri. Victor turut berharap sokongan padu daripada penyokong setia di Stadium Darul Aman dapat menyuntik motivasi kepada pemain-pemain yang akan beraksi di hadapan penyokong sendiri.
Victor turut berharap sokongan padu daripada penyokong setia di Stadium Darul Aman dapat menyuntik motivasi kepada pemain-pemain yang akan beraksi di hadapan penyokong sendiri.

PENGENDALI sementara Kedah Darul Aman (KDA) FC, Victor Andrag mahu anak buahnya untuk terus berjuang dengan penuh semangat ketika berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman pada malam Sabtu.

Beliau mengakui cabaran sukar yang bakal dihadapi KDA FC namun menegaskan komitmen mereka amat diperlukan dalam usaha mencatat keputusan positif.

Iklan
Iklan

Victor yang ditemui selepas sesi latihan pada Khamis menyifatkan perlawanan kali ini sebagai satu ujian besar buat pasukannya, terutama selepas tiga aksi Liga Super yang berakhir dengan kekecewaan tanpa sebarang kutipan mata.

Sang Kenari sebelum ini tewas kepada Negeri Sembilan FC 2-0, KL City FC 3-2, dan Kuching City FC 3-0.

Iklan

"Memang satu aksi yang cukup mencabar buat kami, lebih-lebih lagi dengan cabaran yang sedang kami lalui ketika ini. Namun, saya mahu mereka lakukan yang terbaik dengan semangat dan disiplin tinggi sepanjang perlawanan ini,” katanya.

Victor turut berharap sokongan padu daripada penyokong setia di Stadium Darul Aman dapat menyuntik motivasi kepada pemain-pemain yang akan beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Iklan

"Saya tahu pasukan JDT adalah lawan yang memiliki rekod terbaik dalam liga, dan kami sedar cabaran ini bukan mudah.

"Tetapi kami juga perlukan sorakan penyokong sebagai inspirasi untuk memberikan aksi terbaik,” tambahnya.

Dalam situasi pasukan yang sedang bergelut dengan masalah kewangan, pemain KDA FC menerima sedikit suntikan motivasi selepas mendapat duit raya hasil kutipan Tabung Aidilfitri Pemain Kedah yang dilancarkan oleh tiga NGO dan disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, pada 25 Mac lalu.

Victor berharap sumbangan tersebut dapat meningkatkan semangat pasukan menjelang perlawanan sengit menentang JDT.

"Saya harap motivasi ini mampu mendorong kami untuk tampil dengan aksi lebih bertenaga dan berjuang habis-habisan demi pasukan serta penyokong,” katanya.

KDA FC kini berada di tangga ke-11 Liga Super dengan 20 mata daripada 20 perlawanan, sementara JDT mendominasi carta liga dengan 61 mata tanpa sebarang kekalahan.