Senarai akhir calon pemilihan cabang PKR diumumkan hari ini

Iklan
Fuziah. Foto Sinar Harian. Fuziah. Foto Sinar Harian.
Fuziah. Foto Sinar Harian.

KUANTAN – Senarai akhir calon yang layak bertanding dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025 peringkat cabang akan diumumkan hari ini.

Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh berkata, pengumuman itu dibuat selepas Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) selesai meneliti proses bantahan dan rayuan.

Iklan
Iklan

"Pencalonan dibuka pada 14 hingga 16 Mac, diikuti proses bantahan dan rayuan yang dikendalikan JPP.

"Selepas meneliti setiap bantahan dan rayuan, keputusan akhir akan diumumkan hari ini bagi menentukan siapa yang layak bertanding," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media berhubung proses pemilihan PKR 2025 selepas tinjauan mesra pada program jualan Rahmah Madani mega Aidilfitri di hadapan pasar nelayan Pantai Sepat, di sini pada Jumaat.

Fuziah turut memaklumkan, pertandingan di peringkat cabang akan berlangsung dari 11 hingga 20 April, mengikut jadual negeri masing-masing dan Pahang dijadualkan pada 19 April.

Iklan

Ujarnya, bagi pemilihan peringkat pusat, pencalonan dibuka pada 3 dan 4 Mei, manakala pengundian akan diadakan pada 24 Mei, serentak dengan Kongres PKR.

Fuziah menambah, PKR mengekalkan sistem e-voting berasaskan teknologi blockchain.

"Bagi pengundi berumur 60 tahun ke atas atau di kawasan pedalaman untuk mengundi secara fizikal di pusat mengundi khas.

"Seramai lebih 312,000 ahli PKR layak mengundi dalam pemilihan kali ini, manakala sekitar 6,000 hingga 7,000 orang dijangka menggunakan kaedah fizikal," jelasnya.