Kabinet Sarawak luluskan Skim Pendidikan Tinggi Percuma 2026

Iklan
Kabinet Sarawak meluluskan Skim Pendidikan Tinggi Percuma bermula 2026 untuk rakyat Sarawak, dengan yuran percuma dan elaun RM15,000 setahun. Kabinet Sarawak meluluskan Skim Pendidikan Tinggi Percuma bermula 2026 untuk rakyat Sarawak, dengan yuran percuma dan elaun RM15,000 setahun.
Kabinet Sarawak meluluskan Skim Pendidikan Tinggi Percuma bermula 2026 untuk rakyat Sarawak, dengan yuran percuma dan elaun RM15,000 setahun.

KUCHING - Kabinet Sarawak telah meluluskan kertas cadangan bagi pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES).

Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan bahawa kelulusan tersebut dicapai semasa mesyuarat Kabinet negeri pada 20 Mac lepas.

Iklan
Iklan

Pelaksanaan FTES Sarawak ini akan bermula pada 2026 dan terbuka kepada rakyat Sarawak.

"Institusi yang terlibat adalah institusi pengajian tinggi milik Sarawak, iaitu Swinburne University of Technology Sarawak, Curtin University of Malaysia, University Technology of Sarawak dan i-CATS University College.

Iklan

"Program yang diluluskan di bawah FTES merangkumi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Undang-Undang, Perubatan, Perakaunan dan Kewangan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kementerian itu, FTES terpakai untuk pendaftaran baharu dan semua pendaftaran sedia ada mulai 2026.

Iklan

"Skim ini meliputi yuran pengajian percuma. Selain itu, elaun sebanyak RM15,000 setahun turut disediakan untuk pelajar daripada isi rumah dengan pendapatan per kapita RM1,500 sebulan atau kurang,” menurut kenyataan tersebut.

Pada 12 Mac, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Negeri, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn dilaporkan berkata, butiran lanjut mengenai inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak akan diumumkan pada November.

Beliau berkata, butiran itu akan merangkumi senarai kursus dan prosedur permohonan. - Bernama