'Doakan cucu saya segera ditemui'

Iklan
Mohamad Fayyad Affan yang menghidap masalah pertuturan dan autisme ringan dikatakan keluar dari pintu belakang rumah. Mohamad Fayyad Affan yang menghidap masalah pertuturan dan autisme ringan dikatakan keluar dari pintu belakang rumah.
Mohamad Fayyad Affan yang menghidap masalah pertuturan dan autisme ringan dikatakan keluar dari pintu belakang rumah.

BALING -"Doakan cucu saya segera dijumpai."

Demikian luahan Hasni Abd Aziz, 50, nenek kepada kanak-kanak autisme, Mohamad Fayyad Affan Mohd Fakhri, 4, yang masih hilang sejak tengah hari Jumaat.

Iklan
Iklan

Mohamad Fayyad dipercayai keluar berjalan kaki dari rumah keluarganya dekat Kuarters JPS Kampung Landak Paya, Kupang, di sini kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Menurut Hasni, seluruh ahli keluarga bimbang dengan keadaan Mohamad Fayyad, lebih-lebih lagi cuaca hujan pada hari kejadian.

Iklan
Operasi pencarian ditangguhkan pada jam 6.30 petang dan akan diteruskan jam 8 pagi Sabtu. Operasi pencarian ditangguhkan pada jam 6.30 petang dan akan diteruskan jam 8 pagi Sabtu.
Operasi pencarian ditangguhkan pada jam 6.30 petang dan akan diteruskan jam 8 pagi Sabtu.

"Risau sangat dengan keadaan cucu sebab tadi hujan...harap dipermudahkan pencarian dan segera ditemui," katanya ketika dihubungi.

Kanak-kanak itu, yang mengalami masalah pertuturan dan autisme ringan, dikatakan keluar melalui pintu belakang rumah sebelum disedari hilang.

Iklan

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil, memaklumkan bahawa operasi pencarian ditangguhkan sementara pada jam 6.30 petang atas arahan pihak polis dan akan disambung semula pada jam 8 pagi Sabtu.

"Operasi esok akan menumpukan pencarian di bahagian hadapan sungai serta membabitkan Unit K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM), K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Sungai Petani,” katanya.

Sebelum ini, operasi pencarian melibatkan pasukan dari PDRM, JBPM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), pasukan bomba sukarela serta penduduk kampung.

Radius pencarian diperluaskan sejauh satu kilometer dan dibahagikan kepada empat sektor bagi memastikan pencarian lebih berkesan.