Permainan gelongsor air kaca belum dibenarkan beroperasi - MBSA

Iklan
Mohd Fauzi (dua dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada penerima semasa majlis Jalinan Ramadan Majlis Bandaraya Shah Alam: Iftar Bersama Pengamal Media pada Jumaat. Mohd Fauzi (dua dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada penerima semasa majlis Jalinan Ramadan Majlis Bandaraya Shah Alam: Iftar Bersama Pengamal Media pada Jumaat.
Mohd Fauzi (dua dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada penerima semasa majlis Jalinan Ramadan Majlis Bandaraya Shah Alam: Iftar Bersama Pengamal Media pada Jumaat.

SHAH ALAM - Taman tema gelongsor air kaca di Seksyen 7 di sini, yang dikaitkan dengan insiden pelampung gelongsor jatuh dan menimpa pengunjung, masih belum mendapat kelulusan untuk beroperasi.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, pelan bangunan taman tema itu telah dihantar kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan akan dibincangkan dalam mesyuarat One Stop Centre (OSC) awal April.

Iklan
Iklan

"Kita akan semak dari segi teknikal kerana selagi tidak mendapat kelulusan KM (Kebenaran Merancang), taman tema itu tidak boleh beroperasi,” katanya ketika ditemui semasa Jalinan Ramadan Majlis Bandaraya Shah Alam: Iftar Bersama Pengamal Media di sini pada Jumaat.

Beliau memberitahu, selepas mendapat kelulusan OSC, proses seterusnya akan mengambil masa kira-kira sebulan bagi pemeriksaan oleh agensi berkaitan.

Iklan

"Jika ada sebarang ketidakpatuhan, pihak pengurusan perlu melakukan penambahbaikan sebelum boleh beroperasi.

"Kalau semua berjalan lancar dan memenuhi syarat, baru boleh dibuka,” katanya.

Iklan

MBSA pada 31 Januari lalu memaklumkan, sebanyak sembilan notis telah dikeluarkan terhadap pengurusan taman tema itu berikutan kejadian seorang pengunjung cedera akibat terkena pelampung yang terjatuh.