KPKT rai semangat muhibah, perpaduan menjelang Aidilfitri

Iklan
Kor Ming (tengah) bersama warga kerja KPKT. Kor Ming (tengah) bersama warga kerja KPKT.
Kor Ming (tengah) bersama warga kerja KPKT.

SHAH ALAM - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meraikan semangat muhibah dan perpaduan dalam kalangan warga kementerian menerusi pelbagai aktiviti sepanjang Ramadan.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, kepelbagaian budaya merupakan kekuatan Malaysia, selaras slogan 'Perpaduan dalam Kepelbagaian'.

Iklan
Iklan

"Seperti biasa, kami telah menghiaskan lobi KPKT dengan tema Eid Mubarak yang indah dan menawan untuk menyemarakkan suasana perayaan serta mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan warga kementerian.

Kor Ming mengagihkan cenderahati kepada warga KPKT. Kor Ming mengagihkan cenderahati kepada warga KPKT.
Kor Ming mengagihkan cenderahati kepada warga KPKT.

"Di KPKT, kami sentiasa berbangga dalam meraikan pelbagai perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Tahun Baharu Cina bersama warga KPKT yang terdiri daripada berbilang kaum, bangsa dan agama.

Iklan

"Kita mesti menolak suara yang cuba memecahbelahkan rakyat kerana perpaduan adalah asas kestabilan dan kemajuan negara,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Menurut Kor Ming, peluang menyambut setiap perayaan utama di negara dalam keadaan aman dan harmoni merupakan suatu nikmat yang amat besar untuk rakyat Malaysia.

Iklan

Beliau juga mengambil kesempatan mengagihkan kurma kepada warga KPKT dalam kunjungan mengejut sambil beramah mesra serta bertanya khabar.

Kor Ming mengambil kesempatan mengagihkan kurma kepada warga KPKT dalam kunjungan mengejut sambil beramah mesra serta bertanya khabar.

Sebelum ini, beliau turut mengadakan sesi singgah sahur bersama anggota bomba di Kuala Lumpur sebagai tanda penghargaan kepada wira merah yang bertugas memastikan keselamatan masyarakat.

Dalam usaha memastikan perjalanan pulang ke kampung lebih selesa, KPKT bekerjasama dengan pihak swasta bagi menaik taraf tandas awam di kawasan Rehat dan Rawat (R&R), sekali gus memberikan kemudahan lebih baik kepada pengguna jalan raya.