Kemerosotan demokrasi di Turkiye

Iklan
Pasukan keselamatan dikritik banyak pihak kerana menggunakan tindakan kekerasan secara melampau ke atas peserta protes. Pasukan keselamatan dikritik banyak pihak kerana menggunakan tindakan kekerasan secara melampau ke atas peserta protes.
Pasukan keselamatan dikritik banyak pihak kerana menggunakan tindakan kekerasan secara melampau ke atas peserta protes.

ANKARA -"Protes ini akan merebak ke setiap bandar, kita akan saksikan gelombang demonstrasi terbesar dalam sejarah”.

Kenyataan itu dikeluarkan Ozgur Ozel yang memimpin parti pembangkang, Parti Rakyat Republik (CHP) selepas siri tunjuk perasaan yang membantah penahanan Ekrem Imamoglu yang merupakan pesaing utama Presiden Recep Tayyip Erdogan berlarutan selama lebih seminggu.

Iklan
Iklan

Ketika ini, Ankara turut berdepan kritikan komuniti antarabangsa setelah hampir 1,900 individu termasuk 11 petugas media diberkas sejak lapan hari lalu selain tindakan kekerasan yang digunakan ke atas penunjuk perasaan.

Puak pembangkang di negara itu bersama kumpulan hak asasi manusia percaya 'kudeta politik' yang menandakan kemerosotan demokrasi tersebut sebagai cubaan untuk menghapuskan Imamoglu yang menjadi ancaman kepada Erdogan.

Iklan
Penduduk mengundi Imamoglu sebagai calon mewakili CHP pada Pilihan Raya Presiden 2028. Penduduk mengundi Imamoglu sebagai calon mewakili CHP pada Pilihan Raya Presiden 2028.
Penduduk mengundi Imamoglu sebagai calon mewakili CHP pada Pilihan Raya Presiden 2028.

Pemerintah Turkiye bagaimanapun menafikan campur tangan mereka dalam badan kehakiman setelah pertuduhan rasuah itu dikenakan secara tiba-tiba ke atas bekas Datuk Bandar Istanbul tersebut.

CHP yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut menggesa penyokong mereka supaya terus mengadakan demonstrasi di seluruh negara meskipun pihak berkuasa melarang sebarang bentuk perhimpunan yang mengganggu ketenteraman awam.

Iklan

Erodgan juga tampil bersuara dan memberi amaran tegas kepada kumpulan penunjuk perasaan yang bakal berdepan tindakan undang-undang jika terus berdegil.

Pada Rabu, majlis perbandaran Istanbul menamakan Datuk Bandar sementara, Nuri Aslan daripada CHP untuk menghabiskan baki penggal pentadbiran Imamoglu.

Pelantikan segera itu dibuat bagi menghalang pemerintah daripada memilih pemegang amanah untuk mengendalikan majlis perbandaran tersebut seperti yang dilakukan ke atas wilayah lain sebelum ini.

Imamoglu diberkas pada 19 Mac lalu, sehari selepas Universiti Istanbul membatalkan diploma beliau yang diperlukan untuk syarat kelayakan calon bertanding jawatan Presiden.

Tindakan itu bagaimanapun tidak menghalang beliau untuk tetap dipilih sebagai calon CHP yang bakal bersaing pada pemilihan 2028.

Erdogan yang telah mendominasi politik Turkiye selama lebih dua dekad telah mencapai had jawatan Presiden.

Jika beliau masih mahu bertanding semula, Parlimen perlu mengadakan pilihan raya awal atau Erdogan sendiri perlu meminda Perlembagaan.

Sejak penahanan Imamoglu, aset kewangan Ankara dilaporkan telah menjunam hingga mendorong bank pusat menggunakan rizab bagi menyokong mata wang lira, namun kesan turun naik itu dikatakan hanya bersifat sementara. - Agensi