PSM enggan berasa cemas

Iklan
Mohd Sumali Mohd Sumali
Mohd Sumali

PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) enggan berasa cemas apabila barisan pemain negara gagal mengulangi pencapaian cemerlang ketika Piala Dunia 2024 di Kuala Lumpur tahun lalu.

Presidennya, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, biarpun skuad negara sekadar membawa pulang tiga pingat gangsa dari India, namun mereka meraih pengalaman bernilai bagi meningkatkan kualiti permainan pada masa depan.

Iklan
Iklan

"Saya memanggil semua barisan kejurulatihan untuk mengadakan bedah siasat mengenai apa yang perlu dibaiki segala kelemahan untuk menambah kekuatan.

"Walaupun bermain dalam suasana bulan puasa di India, kita amat memahami dan berpuas hati pencapaian di Bihar,” katanya.

Iklan

Skuad sepak takraw lelaki menamatkan saingan Piala Dunia 2025 dengan membawa pulang satu gangsa dalam acara double selepas tewas di separuh akhir kepada seteru utama Thailand.

Bagi acara kuadran pula Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan selepas menamatkan saingan di tempat ketiga di belakang Vietnam dan Myanmar.

Iklan

Di sebalik keputusan tersebut PSM kini mahu mengalih fokus kepada pelan asal iaitu Piala Asia Kuala Lumpur, Piala Raja Thai dan Sukan SEA Thailand.

"Kami mempunyai tempoh masa sebulan lagi untuk menghadapi Piala Asia di sini (Kuala Lumpur) yang sebenarnya menjadi sasaran utama kami.

"Tiga kejohanan besar itu dalam fokus terpenting kami. Oleh itu, persiapan rapi perlu dilakukan bagi meraih keputusan positif,” katanya.

Dalam pada itu, Sumali turut teruja dengan kejayaan skuad wanita menggondol dua gangsa.

Justeru beliau berharap momentum itu dapat diteruskan menjelang kejohanan besar tahun ini.

"Apa yang lebih menarik ialah kuadran campuran hampir menewaskan Thailand. Nampak seperti ada sinar untuk memperkuat lagi pasukan wanita,” katanya.