Gempa bumi Myanmar: WHO gerak misi bantuan

Iklan
Beberapa banggunan runtuh selepas gempa bumi di Myanmar. Beberapa banggunan runtuh selepas gempa bumi di Myanmar.
Beberapa banggunan runtuh selepas gempa bumi di Myanmar.

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggerakkan hab logistik di Dubai bagi menyediakan bekalan perubatan kecederaan dan trauma susulan gempa bumi kuat melanda Myanmar Jumaat lalu.

Jurucakapnya, Margaret Harris berkata, badan kesihatan dunia itu telah mengaktifkan tindak balas pengurusan kecemasan susulan insiden ini dilihat sebagai satu bencara besar yang memberi ancaman serius terhadap kehidupan dan kesihatan penduduk.

Iklan
Iklan

"Kami telah mengaktifkan pusat logistik bagi menyalurkan bekalan perubatan kecemasan memandangkan jumlah mangsa cedera akibat gempa bumi ini dijangka tinggi.

"Kami turut menitiberatkan penghantaran bekalan ubat-ubatan penting kerana bimbang sekiranya infrastruktur kesihatan di Myanmar mungkin berdepan kerosakan teruk,” katanya.

Iklan

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 menggegarkan Myanmar dan Thailand hingga meragut lebih 20 nyawa serta merosakkan banggunan dan jambutan.

Gegaran cetek itu berlaku di barat laut Sagaing, Myanmar dan diikuti dengan gegeran susulan bermagnitud 6.4 beberapa minit kemudian.

Iklan

Di Myanmar, hospital di Naypyidaw menerima ratusan mangsa cedera, dengan pihak berkuasa mengesahkan sekurang-kurangnya 20 kematian.

Hospital berdepan kesukaran apabila pintu masuk jabatan kecemasan runtuh dan petugas kesihatan terpaksa merawat pesakit di luar bangunan.

Di Thailand, tiga maut dan 81 lagi masih hilang selepas sebuah bangunan pencakar langit yang sedang dalam pembinaan runtuh berhampiran Pasar Chatuchak, Bangkok.

Tambah Harris, WHO mempunyai pengalaman daripada gemba bumi Turkiye-Syria pada 2023 yang menjadikan mereka lebih arif dan jelas terhadap keperluan bantuan utama perlu dihantar terlebih dahulu.