Jalan TAR kecoh, peniaga 'rambo' bertempur dengan penguat kuasa DBKL

Iklan
Kekecohan mula berlaku apabila peniaga terbabit dilihat tidak memberikan kerjasama dengan bertindak menghalang tindakan penguat kuasa DBKL itu. Kekecohan mula berlaku apabila peniaga terbabit dilihat tidak memberikan kerjasama dengan bertindak menghalang tindakan penguat kuasa DBKL itu.
Kekecohan mula berlaku apabila peniaga terbabit dilihat tidak memberikan kerjasama dengan bertindak menghalang tindakan penguat kuasa DBKL itu.

KUALA LUMPUR - Keadaan tenang sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman di ibu kota digemparkan dengan kekecohan melibatkan antara beberapa kumpulan individu dengan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Jumaat.

Insiden terbabit yang tular di media sosial itu dipercayai disebabkan tindakan diambil penguat kuasa DBKL terhadap individu yang didakwa berniaga tanpa lesen di lokasi berkenaan.

Iklan
Iklan

Rakaman video yang dipercayai diambil peniaga sekitar lokasi itu mulanya menunjukkan beberapa anggota penguat kuasa DBKL sedang merampas belon yang dijual seorang individu.

Rakaman video yang dipercayai diambil peniaga sekitar lokasi itu mulanya menunjukkan beberapa anggota penguat kuasa DBKL sedang merampas belon yang dijual seorang individu. Rakaman video yang dipercayai diambil peniaga sekitar lokasi itu mulanya menunjukkan beberapa anggota penguat kuasa DBKL sedang merampas belon yang dijual seorang individu.
Rakaman video yang dipercayai diambil peniaga sekitar lokasi itu mulanya menunjukkan beberapa anggota penguat kuasa DBKL sedang merampas belon yang dijual seorang individu.

Kekecohan mula berlaku apabila peniaga terbabit dilihat tidak memberikan kerjasama dengan bertindak menghalang tindakan penguat kuasa DBKL itu.

Iklan

Masa sama beberapa individu lain dipercayai peniaga turut masuk campur sehingga mengakibatkan kekecohan berlaku.

Menerusi beberapa komen yang terdapat pada hantaran itu menyatakan tindakan tegas diambil DBKL itu dijalankan terhadap kumpulan peniaga tidak berlesen yang mula membanjiri persekitaran lokasi berkenaan menjelang Aidilfitri.

Iklan

Terdahulu, Sinar Harian sudah menghubungi pihak polis bagi mendapatkan pengesahan berkaitan kejadian yang berlaku itu.