Aliran trafik perlahan di lebuh raya dan jalan utama pagi ini

Iklan
Keadaan aliran trafik di Plaza Tol Kuala Terengganu, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) bergerak perlahan susulan orang ramai pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri. Foto Bernama Keadaan aliran trafik di Plaza Tol Kuala Terengganu, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) bergerak perlahan susulan orang ramai pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri. Foto Bernama
Keadaan aliran trafik di Plaza Tol Kuala Terengganu, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) bergerak perlahan susulan orang ramai pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya dan jalan utama negara dilapor terus bergerak perlahan pagi ini, susulan pergerakan orang ramai pulang ke kampung sempena sambutan Aidilfitri.

Iklan
Iklan

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan ia termasuk di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menuju arah utara dari Sungai Buaya ke Bukit Tagar, Lembah Beringin ke Tanjung Malim, Slim River ke Bidor, Tapah ke Gopeng, Jawi ke Bukit Tambun, Juru ke Perai dan Permatang Pauh ke Bertam.

"Ke arah selatan perlahan di Nilai ke Hentian Rawat dan Rehat (RNR) Seremban, Putra Mahkota ke Nilai dan Bandar Ainsdale ke Senawang, manakala ke arah utara perlahan di Kulai ke Sedenak,” katanya ketika dihubungi.

Iklan

Selain PLUS, beliau berkata, keadaan sama dilaporkan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah timur dari Gombak ke Lentang dan Jalan Utama Mempaga ke Plaza Tol Karak.

Manakala di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2, trafik perlahan ke arah utara di laluan utama kilometer 432.7 ke Plaza Tol Kuala Terengganu.

Iklan

Sementara itu, aliran trafik di jalan utama Persekutuan, termasuk di sempadan masuk Gua Musang-Kuala Lipis dilaporkan sesak sehingga enam kilometer setakat 9 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Sik Choon Foo berkata menjangkakan pertambahan kenderaan akan terus berlaku petang ini, dan penyuraian akan dijalankan dari semasa ke semasa.

Bagi membantu menjaga lalulintas, beliau berkata pihak mengambil inisiatif menambah jumlah anggota bertugas. - Bernama