'UMNO pegang kunci penyatuan ummah' - Muhammad Khalil

Iklan
Muhammad Khalil Muhammad Khalil
Muhammad Khalil

KUALA TERENGGANU - UMNO kini menjadi penentu kepada penyatuan ummah apabila Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah lama membuka ruang untuk kerjasama, namun keputusan akhir masih berada di tangan parti itu.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, Pas dan Bersatu telah memberi isyarat jelas untuk menjalinkan kerjasama politik demi kepentingan umat Islam dan negara.

Iklan
Iklan

"Bola kini di kaki UMNO, mereka yang perlu membuat keputusan. Pas dan Bersatu sudah lama menunjukkan kesediaan untuk bekerjasama," katanya ketika ditemui di Wisma Darul Iman, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang sebelum ini menyatakan bahawa tiga parti Melayu utama (UMNO, Pas dan Bersatu) berpotensi membentuk kerajaan baharu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) sekiranya UMNO bersedia untuk bergabung.

Iklan

Menurut Muhammad Khalil, kesepakatan antara parti-parti Melayu ini penting bagi memastikan kestabilan politik negara dan mengukuhkan kedudukan Islam serta hak bumiputera.

"Pas sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja asalkan prinsip Perlembagaan, agama Islam sebagai agama rasmi dan hak istimewa bumiputera dihormati," katanya.

Iklan

Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa dakwaan kononnya Pas mahu 'menguburkan' UMNO adalah tidak berasas, sebaliknya parti itu sejak dahulu lagi menghulurkan tangan untuk menjalin kerjasama demi kepentingan rakyat.

"Jika benar Pas mahu melemahkan UMNO, kita sudah melakukannya sejak PRU14, tetapi sebaliknya kita memilih untuk berganding bahu bagi menguatkan ummah.

"Peluang untuk penyatuan ini masih terbuka, namun keputusan akhir tetap terletak di tangan UMNO," katanya.