Sambutan luar biasa, jualan lembu cecah 10 ekor menjelang Aidilfitri

Iklan
Pelanggan beratur bagi membeli daging lembu segar. Pelanggan beratur bagi membeli daging lembu segar.
Pelanggan beratur bagi membeli daging lembu segar.

KUANTAN - Permintaan tinggi terhadap daging lembu tempatan menjelang Aidilfitri menyebabkan jualan meningkat kepada 10 ekor tahun ini berbanding hanya tiga ekor pada musim perayaan lalu.

Peniaga, Nur Farahanim Nasri, 32, berkata, peningkatan itu berpunca daripada sambutan luar biasa pelanggan sejak jualan bermula pada Khamis lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lebih 2,000 kilogram (kg) daging telah terjual dalam tempoh dua hari, sekali gus menunjukkan permintaan yang jauh lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

"Semalam (Jumaat), saya sembelih empat ekor lembu, dan hari ini dua ekor habis lebih awal daripada jangkaan.

Iklan

"Saya pun tak sangka, biasanya waktu begini (pagi) baru habis seekor, tapi sekarang dah empat ekor terjual dan sambutan memang luar biasa," katanya ketika ditemui di gerainya di Pantai Sepat di sini pada Sabtu.

Nur Farahanim berkata, penyembelihan lembu dilakukan secara berperingkat bergantung kepada permintaan pelanggan bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi.

Iklan

Dia yang berkecimpung dalam perniagaan ini lebih lima tahun berkata, sekiranya permintaan terus meningkat, dia tidak menolak kemungkinan untuk menambah lagi jumlah lembu untuk disembelih.

Jelasnya, seekor lembu boleh menghasilkan jualan sekitar RM5,000, namun keuntungan bersih selepas ditolak kos pekerja hanya sekitar RM800 hingga RM1,000.

"Tahun ini stok bertambah kerana lokasi jualan lebih strategik dan persaingan berkurang. Ini dikatakan rezeki menyebelahi kami, Alhamdulillah,” katanya.

Ditanya mengenai harga daging, Nur Farahanim berkata, harga pasaran semasa adalah antara RM33.50 hingga RM38 sekilogram.

Menurutnya, harga bahagian lain seperti tulang dijual pada harga RM34 sekilogram, manakala limpa antara RM34 hingga RM36 sekilogram.

"Namun, hari ini kami sahut cabaran Jualan Rahmah dan jual pada harga RM26 sekilogram supaya lebih ramai dapat merasa daging," katanya.

Ibu kepada empat anak ini memberitahu, bekalan lembu diperoleh dari Thailand dan Kelantan melalui pembekal tetap bagi memastikan kualiti daging terjamin.

"Selain menjual daging menjelang Ramadan, saya juga membekalkan lembu hidup bagi keperluan ibadah korban sempena Hari Raya Haji," katanya