'Ali XPDC, isteri sedang sakit, anak-anak ramai masih belajar'

Iklan
Ali XPDC kini dimasukkan ke wad Hospital Cyberjaya. Foto Ustaz Taufik

DUGAAN di akhir Ramadan buat penyanyi Ali XPDC apabila dirawat di Hospital Cyberjaya akibat paru-paru berair, masalah pada injap jantung dan sesak nafas.

Iklan
Iklan

Perkara itu dikongsikan rakannya dikenali sebagai Ustaz Taufik menerusi akaun Facebooknya, memaklumkan Ali atau nama penuhnya Mohd Ali Ismail, 56, sudah dua hari berada di hospital.

Bukan itu sahaja, isterinya, Sharifah Azuwanna Syed Joned juga diuji dengan masalah kesihatan.

Iklan

"Dari Makkah terus ke sini... ziarah sahabat dunia akhirat, abang Ali XPDC di Hospital Cyberjaya. Wajahnya nampak ceria bila ramai sahabat jemaah Tabligh datang menziarahi di petang akhir Ramadhan. Tapi ujian buatnya belum berakhir...

Ustaz Taufik terus menziarahi Ali sebaik tiba dari Makkah pada Sabtu.

"Dua hari lepas, abang Ali dikejarkan ke hospital lagi. Paru-parunya berair, injap jantungnya bermasalah, sesak nafas yang berulang... Dan kini, isteri kesayangannya yang setia menjaga beliau pula disahkan menghidap kanser.

Iklan

"ALLAH... berat sungguh ujian ini... tapi kita yakin, ALLAH menguji hamba yang dikasihi-NYA. ALLAH ingin mengampunkan dosa-dosa mereka, ALLAH ingin mengangkat darjat mereka..." kongsi Ustaz Taufik.

Difahamkan Sharifah Azuwanna kini ditahan di Hospital Putrajaya.

Ustaz Taufik juga meminta mereka yang mempunyai rezeki lebih untuk membantu keluarga Ali, sementelah ada anak-anaknya yang masih bersekolah.

"Abang Ali dan isterinya sedang sakit. Anak-anak masih perlukan mereka. Sebelum ini, isteri abang yang menjaga beliau ketika sakit.

"Isterinya juga yang berniaga kecil-kecilan untuk membantu menyara keluarga. Dua insan ini sedang sakit, sedangkan anak-anak masih ramai yang belajar.

"Bayangkan perasaan seorang ayah yang sakit, melihat isterinya menderita, sedangkan tanggungjawab terhadap anak-anak masih besar. Berat sungguh ujian ini.

"Sahabat-sahabat sekalian, jika ada rezeki lebih, marilah kita ringankan beban Abang Ali dan keluarganya.

"Sedekah kita, walau sedikit, pasti besar nilainya di sisi ALLAH. Mudah-mudahan, di akhir Ramadan ini, setiap sumbangan kita menjadi bekalan pahala yang berlipat kali ganda di akhirat kelak," tulisnya.

Bagi yang berhasrat memberikan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Mohd Ali Ismail (162106484056).