JOHOR BAHRU - Situasi banjir di Johor pulih sepenuhnya setelah pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Batu Pahat ditutup pada 6 petang Sabtu.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading sebelum ini menempatkan 140 mangsa daripada 44 keluarga.