SIBU - Seorang penumpang bot ekspres hilang selepas terjatuh ke dalam sungai ketika insiden yang berlaku di muara Sungai Paloh, Tanjung Manis, kira-kira 104 kilometer dari sini pada Sabtu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa dikenali sebagai Awang Indera Awang Mahmud, 45, dilaporkan terjatuh dari bot ekspres berkenaan kira-kira 1.20 tengah hari.