Peniaga belon cedera serius, dirawat di Hospital Serdang - Peguam

Iklan
Keadaan peniaga belon yang sedang dirawat di Hospital Serdang selepas didakwa dikasari pegawai penguat kuasa DBKL. Keadaan peniaga belon yang sedang dirawat di Hospital Serdang selepas didakwa dikasari pegawai penguat kuasa DBKL.
Keadaan peniaga belon yang sedang dirawat di Hospital Serdang selepas didakwa dikasari pegawai penguat kuasa DBKL.

SHAH ALAM – Seorang peniaga belon yang didakwa dikasari pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini sedang menerima rawatan di Hospital Serdang selepas dipercayai mengalami kecederaan serius.

Peguam, Mahmud Jumaat berkata, ibu mangsa mendedahkan bahawa hasil pemeriksaan awal X-ray menunjukkan anaknya berkemungkinan mengalami patah tulang akibat insiden tersebut.

Iklan
Iklan

"Sebentar tadi doktor sudah membuat (pemeriksaan) X-ray dan nampak macam ada patah," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Sabtu.

Mahmud Jumaat Mahmud Jumaat
Mahmud Jumaat

Susulan perkembangan itu, beliau menggesa penjaja terbabit untuk membuat laporan polis setelah dibenarkan keluar dari hospital bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Iklan

"Kalau betul patah, tindakan boleh diambil di mahkamah. Ini bukan isu ada lesen atau tidak, tetapi melibatkan kecederaan parah akibat tindakan agresif," tegasnya.

Beliau turut mengingatkan bahawa penjawat awam tidak terkecuali daripada undang-undang dan boleh dikenakan tindakan sekiranya terbukti bersalah mencederakan orang awam.

Iklan

"Jika kecederaan parah disahkan, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara.

"Penguat kuasa seharusnya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Ingat penjawat awam tidak kalis undang-undang!" ujarnya.