SHAH ALAM - Domino’s Pizza Malaysia (Domino’s) memperkukuhkan peranannya dalam menyokong komuniti dengan menaja sebanyak 100 kotak piza sempena program Iftar Ala Madinah @Karangkraf yang berlangsung di sini baru-baru ini.
Syarikat itu dalam satu kenyataan memaklumkan, penyertaan dalam program yang dilaksanakan sejak empat tahun lalu itu selaras dengan usaha syarikat mendekati masyarakat setempat serta menyemarakkan semangat kebersamaan ketika Ramadan.
"Iftar Ala Madinah @Karangkraf merupakan inisiatif komuniti yang istimewa kerana ia membawa kelainan namun masih mengekalkan semangat kebersamaan.
"Menariknya, pada tahun ini kami menaja 100 kotak pizza termasuk keluaran terbaru, piza ShaWAHma yang diinspirasi daripada citarasa Timur Tengah.
"Tajaan itu sebagai langkah bermakna untuk menceriakan acara dan memperkaya pengalaman iftar komuniti setempat,” menurut kenyataan itu.
Tambahnya, inisiatif tersebut memberi peluang kepada peserta iftar untuk menjadi antara terawal di Malaysia menikmati piza baharu itu, sebelum pelancarannya secara rasmi di semua cawangan Domino’s pada 25 Mac.
"Kami amat teruja untuk memperkenalkan piza ShaWAHma, satu inovasi menu yang berbeza untuk musim Ramadan kali ini.
"Ia hadir dalam dua pilihan, ShaWAHma Ayam dengan sos bawang putih masam manis serta ShaWAHma Daging dengan sos istimewa Shawarma. Bagi yang menyukai keju, Cheese Volcano kami kini kembali untuk memberi kenikmatan dan pengalaman berlainan,” katanya.
Selain tajaan tersebut, Domino’s turut umum pemberian lebih 13,000 piza ShaWAHma secara percuma di seluruh negara pada 10 April ini.
"Seramai 50 pelanggan pertama di setiap 265 cawangan berpeluang menebus piza percuma tanpa sebarang pembelian, selagi stok masih ada.
"Kami mahu lebih ramai rakyat Malaysia merasai sendiri kelazatan piza ShaWAHma,” jelas Domino’s.
Bagi pelanggan yang ingin mendapatkan piza baharu itu, Domino’s turut menawarkan promosi eksklusif dengan potongan harga 50 peratus bagi setiap pembelian piza ShaWAHma melalui cawangan fizikal, aplikasi mudah alih dan laman web rasminya.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengikuti @dominosmy di Facebook dan Instagram atau melayari www.dominos.com.my.