BINTANG Bolton Celtics, Jaylen Brown kini sedang menjalani satu lagi musim yang cemerlang dalam saingan liga bola keranjang NBA di Amerika Syarikat.
Biar pun menjalani ibadah puasa, ia tidak menghalangnya untuk mempamerkan prestasi luar biasa apabila menyumbang 24 mata ketika Celtics menewaskan Phoenix Sun 132-102 pada Khamis lalu untuk terus kekal di tangga kedua bagi saingan Konferens Timur.
Iklan
Iklan
"Ini adalah masa yang sangat istimewa dalam setahun. Ia berkisar tentang kekuatan dan fokus anda,” ujar Brown yang mula berpuasa sejak 2022.
Brown dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam final NBA tahun lalu dan kira-kira 10 hari selepas meraih gelaran tersebut, dia dan bekas rakan sepasukan di Celtics, Tacko Fall berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah umrah.
Selain Brown, bintang Dallas Mavericks, Kyrie Irving serta dua legenda NBA, Kareem Abdul-Jabbar dan Hakeem Olajuwon antara pemain yang tidak pernah meninggalkan ibadah puasa pada musim NBA sedang berlangsung.