Tiga maut, empat cedera nahas lima kenderaan di Lebuhraya KL-Karak

Iklan
Pihak bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. Pihak bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Pihak bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

KUANTAN - Tiga individu maut manakala empat lagi termasuk dua kanak-kanak cedera dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Kilometer 50.7 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Bentong pada Ahad.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, dalam kemalangan yang dilaporkan berlaku jam 4.55 petang itu, lapan mangsa lain terdiri pemandu dan penumpang tiga lagi kenderaan, selamat.

Iklan
Iklan

"Sepasukan 10 anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bergegas ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat,” katanya dalam kenyataan.

Keadaan dua daripada lima kenderaan yang terlibat nahas di Kilometer 50.7 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Bentong pada Ahad. Keadaan dua daripada lima kenderaan yang terlibat nahas di Kilometer 50.7 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Bentong pada Ahad.
Keadaan dua daripada lima kenderaan yang terlibat nahas di Kilometer 50.7 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Bentong pada Ahad.

Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah lori lima tan serta empat kereta jenis Honda Accord, Proton Waja, Proton Saga dan Subaru.

Iklan

"Tiga mangsa yang menaiki Honda Accord, terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita, disahkan meninggal dunia, manakala tiga lagi individu dalam kenderaan itu mengalami kecederaan.

"Selain itu, pemandu lori lima tan turut dilaporkan cedera,” katanya.

Iklan
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas terlibat nahas di Kilometer 50.7 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Bentong pada Ahad.

Zulfadli menambah, pihak bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan semua mangsa sebelum memberi rawatan awal kepada mereka yang cedera.

"Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut, manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan,” katanya.