Jacky, Jimmy-Pei Jing naib juara Cabaran Antarabangsa Vietnam 2025

Iklan
Jacky bergelar naib juara Cabaran Antarabangsa Vietnam 2025 selepas tewas kepada pemain Thailand, Puritat Arree, dalam pertarungan final sengit di Hanoi pada Ahad. Foto Bernama Jacky bergelar naib juara Cabaran Antarabangsa Vietnam 2025 selepas tewas kepada pemain Thailand, Puritat Arree, dalam pertarungan final sengit di Hanoi pada Ahad. Foto Bernama
Jacky bergelar naib juara Cabaran Antarabangsa Vietnam 2025 selepas tewas kepada pemain Thailand, Puritat Arree, dalam pertarungan final sengit di Hanoi pada Ahad. Foto Bernama

PERSEORANGAN badminton lelaki negara, Jacky Kok bergelar naib juara Cabaran Antarabangsa Vietnam 2025 selepas tewas kepada pemain Thailand, Puritat Arree, dalam pertarungan final sengit di Hanoi pada Ahad.

Beraksi di Stadium Daerah Tay Ho, Hanoi, pemain ranking ke-86 dunia itu memberikan tentangan hebat sebelum tunduk 21-23, 21-17, 15-21 kepada Puritat pada pertarungan selama 83 minit.

Iklan
Iklan

Kekalahan ini juga menamatkan rekod kemenangan Jacky ke atas lawannya selepas mencatat dua kemenangan dalam pertemuan sebelum ini.

Turut mengikut jejak langkahnya ialah beregu campuran profesional negara, Jimmy Wong-Lai Pei Jing, yang tewas kepada pasangan Hong Kong, Tang Chun Man-Ng Tsz Yau, 19-21, 19-21.

Iklan

Biarpun sekadar naib juara, Jimmy-Pei Jing wajar dipuji selepas berjaya mara ke final dalam kejohanan pertama mereka sebagai gandingan baharu negara.

Pei Jing kini dalam usaha menyesuaikan diri dengan pasangan baharu selepas ‘kehilangan’ rakan sepasukannya Tan Kian Meng yang mengumumkan persaraan pada awal tahun ini.

Iklan

Gandingan Kian Meng-Pei Jing menutup lembaran karier kompetitif mereka di pentas All England pada awal Mac ini. - Bernama