Ebit Lew taja 'Abang Belon' tunai umrah

Iklan
Ebit (kiri) menziarahi Muhamad Za’imuddin (kanan) di hospital. Ebit (kiri) menziarahi Muhamad Za’imuddin (kanan) di hospital.
Ebit (kiri) menziarahi Muhamad Za’imuddin (kanan) di hospital.

SHAH ALAM - Peniaga belon yang terlibat dalam insiden pergelutan dengan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerima tajaan umrah daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Menerusi kenyataan di Facebook pada Ahad, Ebit berkongsi momen menyentuh hati ketika menziarahi peniaga belon atau Muhamad Za’imuddin Azlan, 29, yang mengalami kecederaan serius termasuk patah tulang belakang.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, dapat ziarah abang belon, Zaim. Sampai tadi Zaim peluk menangis kuat-kuat. Ustaz, saya nak raya, tolong saya...Allahuakhbar, berat ujian Zaim.

"Orang Jerantut, Pahang...kadang-kadang kita rasa ujian kita berat rupanya ada yang lagi berat,” katanya.

Iklan
Ebit (tengah) bersama ibu dan bapa Muhamad Za’imuddin di hospital. Ebit (tengah) bersama ibu dan bapa Muhamad Za’imuddin di hospital.
Ebit (tengah) bersama ibu dan bapa Muhamad Za’imuddin di hospital.

Sebelum ini, Muhamad Za’imuddin mencari rezeki dengan menjual belon di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur.

Dia dipercayai sudah berniaga di kawasan itu sejak beberapa tahun lalu bagi menampung kehidupan.

Iklan

Bagaimanapun, Muhamad Za’imuddin terpalit kontroversi selepas tular video insiden pergelutannya dengan penguat kuasa DBKL ketika operasi penguatkuasaan dijalankan.

Akibat kejadian itu, dia mengalami kecederaan serius termasuk patah tulang belakang dan kini menerima rawatan di hospital.

Sementara itu, DBKL pula menjelaskan peniaga belon itu sudah diberi teguran kali ketiga untuk beredar sebelum bertindak agresif dan menolak anggota penguat kuasa.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.50 malam ketika penguat kuasa DBKL menjalankan rondaan dan melihat beberapa penjaja tanpa lesen berniaga di laluan pejalan kaki Jalan TAR.

Dalam pada itu, Ebit berkata, beliau turut berbual dengan ibu bapa Muhamad Za’imuddin dan merasai kesedihan serta keperitan yang dialami oleh pasangan suami isteri tersebut.