Rendang ekor lembu jadi pilihan Ziyad di pagi Syawal

Iklan
Keluarga bahagian Ziyad bersama isteri, Zafira dan anak-anak. Foto Instagram Ziyad Zolkefli. Keluarga bahagian Ziyad bersama isteri, Zafira dan anak-anak. Foto Instagram Ziyad Zolkefli.
Keluarga bahagian Ziyad bersama isteri, Zafira dan anak-anak. Foto Instagram Ziyad Zolkefli.

TIADA istilah pantang buat jaguh olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli apabila boleh menjamah sebarang juadah setiap kali menyambut Syawal.

Meskipun boleh 'sapu' pelbagai menu, namun atlet berusia 35 tahun itu bijak menguruskan kuantiti makanan yang diambil kerana ia penting bagi memastikan diet yang seimbang.

Iklan
Iklan

"Apa yang nak (makanan) saya akan makan, cuma sedikit tidak terlampau banyak, sekadar untuk rasa.

"Berat badan perlu diutamakan, cara pemakanan juga perkara yang patut dijaga," katanya.

Iklan
Ziyad. Ziyad.
Ziyad.

Atlet yang mempunyai berat 116 kilogram (kg) itu turut berkongsi mengenai juadah kegemaran ketika menyambut lebaran bersama keluarga dan isteri tersayang, Zafira Nasir.

"Lemang dan rendang ekor lembu. Rasanya berbeza, lembut dan juicy. Biasanya saya akan minta isteri sediakan," ujar Ziyad.

Iklan

Pemenang pingat perak acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) Sukan Paralimpik Paris 2024 itu juga mengakui pengalaman manis ketika Ramadan ialah dapat iftar bersama keluarga.

Malah beliau juga tidak mengambil cuti yang lama setiap kali Aidilfitri.

"Satu pengalaman yang manis apabila dapat mengeratkan silaturahim bersama saudara mara. Saya pun tidak cuti panjang, raya ketiga atau keempat sudah turun berlatih," katanya.