'Usah bimbang, ALLAH SWT Maha Mengetahui...'

Iklan
Muhyiddin tiba di Istana Negara bagi upacara Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri kelapan pagi ini. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

1. SAYA cukup yakin ramai orang sayangkan Tun Dr Mahathir dan mahukan beliau menjadi Perdana Menteri sehingga akhir penggal.

2. Apabila beliau meletakkan jawatan disebabkan tekanan DAP, PKR dan Amanah, orang bersimpati dengan beliau.

Iklan
Iklan

3. Apabila beliau membatalkan niat menubuhkan kerajaan perpaduan disebabkan desakan DAP, PKR dan Amanah, orang mula merasakan beliau cukup tertekan dengan permainan politik semasa.

4. Dan apabila beliau kembali berpakat dengan DAP, PKR dan Amanah untuk mengambil semula jawatan yang beliau letak, orang berpendapat eloklah ada orang lain meneruskan perjuangan yang belum selesai.

Iklan

5. Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah seorang pengikut yang setia. Beliau bukan gilakan jawatan Perdana Menteri.

6. Namun dalam situasi sekarang, beliau menunjukkan kepimpinan yang diharapkan dari seorang yang politikawan.

Iklan

7. Marilah kita doakan yang terbaik untuk sebuah negara yang bernama Malaysia.

8. Semua orang sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang ada peranan dalam negara ini.

9. Teruskanlah berbakti kepada rakyat walau di kedudukan mana sekali pun kita berada.

10. Usah bimbang, ALLAH SWT tahu apa yang ada dalam hati kita. Dan Allah swt akan membalas setiap kebaikan yang kita lakukan.

*Norizan Sharif yang lebih dikenali sebagai Nobisha merupakan bekas penganalisis politik