Pemandu maut tersepit nahas tiga kenderaan

Iklan
Mangsa maut tersepit dalam nahas di Kampung Nouga, Jalan Tenghilan, Tuaran. Mangsa maut tersepit dalam nahas di Kampung Nouga, Jalan Tenghilan, Tuaran.
Mangsa maut tersepit dalam nahas di Kampung Nouga, Jalan Tenghilan, Tuaran.

TUARAN - Seorang pemandu maut selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaaan di Kampung Nouga, Jalan Tenghilan di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, Mohammad Ariel Syawal Abdali, 20, parah akibat tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi manakala 10 lagi individu dari dua kenderaan lain tidak cedera.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.33 petang.

"Kemalangan melibatkan tiga kenderaan yang bertembung iaitu melibatkan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dan terdapat lima mangsa didalamnya namun berjaya keluar sendiri manakala Perodua Viva terdapat lima lagi mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Iklan

"Sebuah lagi kenderaan Perodua Bezza dipandu mangsa dan tersepit di dalam kenderaannya. Mangsa berjaya dikeluarkan pasukan bomba sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Menurut Mohamad Nor, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat jam 4.55 petang.

Iklan