Selamat Hari Raya Aidilfitri, jangan lupa aksi bertemu Vietnam - Peter Clamovski

Iklan
Peter Clamovski. Foto fail Bernama Peter Clamovski. Foto fail Bernama
Peter Clamovski. Foto fail Bernama

KETUA jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, yang sudah menetap di Malaysia hampir empat bulan tidak melepaskan peluang mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakyat tempatan yang menyambut kemeriahan itu.

Kedatangan pengendali kelahiran Australia itu disambut meriah selepas berjaya memenangi tugasan pertama menewaskan Nepal dalam perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), minggu lalu.

Iklan
Iklan

Cklamovski bersama barisan kejurulatihan yang lain dilantik oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi mengemudi skuad kebangsaan mencapai objektif utama iaitu layak secara merit ke Arab Saudi.

Katanya, dia memerlukan sokongan padu peminat tanah air untuk berada di belakang Harimau Malaya bertemu Vietnam, di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Jun ini. -Awani/Astro Arena

Iklan
Iklan