Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamatkan bomba

Iklan
Tujuh sekeluarga yang sedang beriadah di Lata Batu Hampar, Kuala Kangsar berdepan detik cemas apabila mereka terperangkap akibat kepala air sebelum diselamatkan sepasukan bomba dalam kejadian petang tadi. Foto JBPM Perak Tujuh sekeluarga yang sedang beriadah di Lata Batu Hampar, Kuala Kangsar berdepan detik cemas apabila mereka terperangkap akibat kepala air sebelum diselamatkan sepasukan bomba dalam kejadian petang tadi. Foto JBPM Perak
Tujuh sekeluarga yang sedang beriadah di Lata Batu Hampar, Kuala Kangsar berdepan detik cemas apabila mereka terperangkap akibat kepala air sebelum diselamatkan sepasukan bomba dalam kejadian petang tadi. Foto JBPM Perak

IPOH - Tujuh sekeluarga yang sedang beriadah di Lata Batu Hampar, Kuala Kangsar berdepan detik cemas apabila mereka terperangkap akibat kepala air sebelum diselamatkan sepasukan bomba dalam kejadian petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 3.54 petang dan anggota penyelamat bergerak menggunakan kenderaan utiliti ke lokasi disebabkan laluan berkenaan tidak dapat diakses dengan jentera berat.

Iklan
Iklan

"Setibanya di tempat kejadian mangsa dapat dijumpai dan didapati kesemua mangsa berada dalam keadaan selamat.

"Tindakan ketua operasi mengarahkan anggota membuat kerja-kerja menggunakan tali penyelamat dengan menggunakan dua batang pokok sebagai pengukuh (anchor) bagi menyeberangi sungai anggaran lebar 10 kaki dan sedalam 1.2 meter dalam,” katanya dalam kenyataan.

Iklan

Katanya, kesemua mangsa menyeberangi sungai dengan memakai peranti pengapungan peribadi dan dikawal oleh anggota penyelamat sehingga selesai dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Bernama

Iklan