PENGACARA dan pelakon, Kiah Propa atau nama sebenarnya Siti Rokhaida Abdul Khalil, memaklumkan bahawa suaminya, Mohamad Nazri Ismail telah menghembuskan nafas terakhir di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya pada Selasa.
Berita duka itu dikongsikan oleh Kiah menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.
"Suami saya, Mohamad Nazri, baharu sahaja meninggal dunia di IKN Putrajaya. Arwah akan dikebumikan di Saujana Utama, Sungai Buloh, insya-ALLAH sebelum Zohor.
"Dari IKN Putrajaya akan ke Masjid Saujana Utama, Sungai Buloh," tulisnya.
Kiah dan Mohamad Nazri mendirikan rumah tangga pada 2011, namun mengambil keputusan untuk berpisah selepas beberapa tahun bernikah.
Bagaimanapun, mereka kembali rujuk pada 16 November tahun lalu, selepas Nazri disahkan menghidap kanser leher.
Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan.