Melaka teruskan bazar ikonik Aidilfitri

Iklan
Ab Rauf

MELAKA - Kerajaan negeri akan mengekalkan kemeriahan Banda Hilir setiap kali Ramadan dengan meneruskan kemudahan Bazar Ikonik Aidilfitri pada tahun depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf berkata, maklum balas yang diterima terutama dalam kalangan pengunjung begitu memberangsangkan biarpun bazar ikonik yang merupakan bazar ketujuh terbaik di seluruh negara pada tahun ini pertama kali dilaksanakan di kawasan itu.

Iklan
Iklan

Malah menurutnya, kebanyakan peniaga turut berpuas hati dengan penganjuran bazar tersebut yang merupakan lokasi strategik dan kawasan tumpuan pelancong.

"Keistimewaan bazar itu kita benarkan peniaga untuk memulakan perniagaan mereka seminggu menjelang Ramadan bermula jam 3 petang hingga 3 pagi.

Iklan

"Akhirnya ramai peniaga mendapat keuntungan awal dan lebih menarik mereka boleh membayar penuh sewa kepada penganjur lebih awal, sebab itu kita putuskan untuk teruskan bazar ikonik ini," katanya.

Rauf berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, Datuk Rais Yasin di Kompleks Sukan Komuniti Krubong, Krubong, di sini, pada Selasa.

Ab Rauf (tengah) bersama Mohd Ali dan Rais bergambar bersama ketika Majlis Rumah Terbuka di Kompleks Sukan Komuniti Krubong, Krubong, pada Selasa.

Iklan

Majlis itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri, Toh Puan Asmah Abd Rahman.

Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tanjung Bidara berkata, pelbagai pihak yang mendapat limpahan rezeki daripada penganjuran bazar ikonik itu termasuk duta kecil seperti pengayuh beca.

Ujarnya, pada awalnya ramai yang menyifatkan bazar berkenaan kurang mendapat sambutan dan kurang berjaya.

"Namun semua itu meleset sama sekali kerana sambutan sangat menggalakkan, sekali gus menjana satu katalis ekonomi yang baik untuk peniaga kecil dan sederhana di Melaka," ujarnya lagi. ends