Tingkat pemantauan, selenggara infrastruktur gas - Rural Malaysia

Iklan
Laporan Sinar Harian berkaitan kebakaran saluran gas. Laporan Sinar Harian berkaitan kebakaran saluran gas.
Laporan Sinar Harian berkaitan kebakaran saluran gas.

SHAH ALAM – Kebakaran akibat kebocoran gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Puchong, membuktikan keperluan mendesak untuk meningkatkan pemantauan dan penyelenggaraan infrastruktur gas di seluruh negara.

Setiausaha Agung Rural Malaysia, M S Anuar Mahmod, menegaskan bahawa insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku dan semua pihak berkepentingan perlu memainkan peranan dalam mencegah kejadian berulang.

Iklan
Iklan

"Risiko kejadian serupa boleh berlaku di mana-mana, terutama di kawasan yang infrastrukturnya kurang diberi perhatian.

"Penduduk luar bandar sering kekurangan akses kepada maklumat keselamatan dan pemantauan berkala, menjadikan mereka lebih terdedah kepada bahaya,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

"Selain itu, perlu adanya sistem amaran awal dengan pemasangan sensor pengesan kebocoran gas di kawasan berisiko tinggi bagi tindakan segera.

"Kontraktor berkaitan turut bertanggungjawab memastikan semua kerja infrastruktur termasuk pemasangan dan penyelenggaraan saluran paip gas, mematuhi standard keselamatan melalui audit dan pemeriksaan ketat.

Iklan

"Begitu juga program pendidikan keselamatan diperluas bagi meningkatkan pemahaman penduduk mengenai langkah keselamatan dan tindakan kecemasan,"katanya.

Katanya, penyelarasan antara pihak berkuasa, syarikat utiliti dan komuniti juga penting untuk tindakan pantas dan berkesan dalam menangani insiden kebocoran gas.

"Rural Malaysia komited memperjuangkan hak dan keselamatan komuniti bandar dan luar bandar serta memastikan pembangunan infrastruktur yang lebih selamat dan lestari. Kami menyeru agar tindakan segera diambil bagi melindungi semua rakyat,” katanya.